Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan keseriusan kes melibatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berbeza dengan kes 3R yang melibatkan pengerusi DAP Lim Guan Eng dan presiden PAS Tan Sri Hadi Awang kerana ia melibatkan institusi diraja.

“Kamu ada fakta kes Lim Guan Eng kan? You pun ada fakta kes Tan Sri Hadi Awang.

“(Mereka) tak ada langsung sentuh institusi diraja… berbeza,” katanya.

Razarudin menjelaskan bahawa keseriusan kes Sanusi jelas terlihat apabila ahli Dewan Diraja Selangor sendiri membuat laporan polis terhadap tokoh politik PAS itu.

“Kalau kita biarkan begini, semua raja akan dihina,” katanya.

Lim disiasat kerana didakwa membuat kenyataan bahawa Perikatan Nasional akan merobohkan tokong di negeri Pulau Pinang jika mereka menang dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Lim mendakwa bahawa kenyataannya telah disalahtafsir dan menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada insiden memecahkan kuil berusia lebih 70 tahun pada bulan Julai 2020 di bawah pentadbiran PAS.

Hadi pula disiasat kerana membuat hantaran berkaitan DAP di Facebook.