Sorting by

×

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sumber SPRM memaklumkan isu ini telah dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada Mac lepas dan penduduk di kawasan Bukit Enggang Sik di mana kerja-kerja perlombongan haram dilakukan secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa.

“Pada Januari 2023, Umno Kedah juga pernah menggesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

“Beberapa individu telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM baru-baru ini bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang Menteri Besar hasil daripada satu surat tular berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China,” katanya.
ADS

Difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu itu pada awal 2023 dan telah memanggil beberapa saksi namun perkembangan terkininya tidak diketahui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Menteri Besar terbabit dalam masa terdekat