Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Syarikat Malaysia diarah tidak mengadakan sebarang urus niaga dengan entiti yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS) susulan perkembangan isu berkaitan cip Nvidia dan Megaspeed.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau berkata, ia bertujuan mengelakkan komplikasi dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka.

“Menteri MITI (Johari) memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa syarikat-syarikat di Malaysia diarah untuk tidak mengadakan sebarang urus niaga dengan syarikat-syarikat yang sudah disenarai hitam oleh pihak AS

“Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. -BH Online