Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sempena Hari Raya Aidil Adha, Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestin menghantar surat dan memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia.

Ketua bagi Hal Ehwal Islam di Baitul Muqaddis, Syeikh Dr. Ikrimah Saed Sobari telah mengutuskan surat penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam surat berkenaan juga, Dr Ikrimah yang juga khatib Masjid Al-Aqsa turut menyampai ucapan Aidiladha dan mendoakan agar Anwar dijauhi dari kejahatan dan musuh yang mampu mengugat kestabilan negara.

“Saya mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selawat sempena Hari Raya Aidil Adha yang penuh barakah, dengan doa kepada Allah Azza wa Jall agar dilindungi Tuan dan negara Tuan daripada kelicikan orang yang merancang kejahatan, dan daripada musuh yang menceroboh.

“Semoga keamanan dan keselamatan dilimpahkan kepada Tuan dan rakyat negara Tuan, dan semoga perayaan ini memberi erti kepada Tuan dan Kalian selamat dan sihat sejahtera.”