Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan PAS yang memainkan naratif menyamakan orang yang tidak menyokong PAS dengan musuh Islam.

Ini termasuk kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli baru-baru ini, yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak menyokong PAS adalah musuh Allah.

“Apakah benar orang tidak bersama dengan PAS adalah musuh Allah.

“Kalau betul, pasal apa arwah Tok Guru (Tan Sri) Nik Aziz sokong saya dan saya bukan ahli PAS pun. Ini mereka (pemimpin atau Dewan Ulama PAS) kena jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat Permatang Pauh hari ini.

Zainul membuat kenyataan sedemikian dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada 24 Jun lepas. Beliau telah memohon maaf dan sedang disiasat.

Kepimpinan PAS turut dipersoal kerana tidak membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam AS turun di Gunung Jerai, Kedah.

“Dua, dakwaan Saiyiddina Uthman bin Affan sampai di Kedah…kita kata dakwah tapi mengizinkan kepalsuan.

“Betul ke tidak, kalau tidak betul mengapa tidak ditegur,” kata perdana menteri.