Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Media rasmi PAS, Harakah Daily telah meminta maaf ekoran dakwaan bahawa bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abd Rahman yang baru-baru menyertai parti itu, merupakan bekas penasihat khas Lim Guan Eng. Lim ialah pengerusi DAP kebangsaaan, ahli parlimen Bagan dan Adun Air Putih di Pulau Pinang.

“Portal Harakah Daily dengan ini memohon maaf di atas penyiaran berita bertajuk ‘Bekas penasihat khas Guan Eng sertai PAS’ bertarikh 23 Jun 2023.

“Editorial Harakah Daily hanya menggunakan rekod sedia ada dan tidak mengemaskini kesahihan berkenaan dari makluman telah dikemukakan pihak DAP pada 2016 mengenai status jawatan tersebut.

“Oleh itu Harakah Daily merasa kesal di atas kecuaian ini dan dengan setulus hati memohon maaf kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan pihak-pihak yang berkaitan serta menarik balik penyiaran tersebut,” kata media rasmi PAS tersebut.

Laporan tersebut adalah berkaitan dengan bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abd Rahman yang pernah mendakwa bahawa wujud usaha Kristianisasi di dalam DAP

Setiausaha politik Lim, Wong Hon Wai menuntut agar Harakah Daily menarik balik artikel tersebut. Wong turut menafikan bahawa Razali pernah dilantik menjadi penasihat khas.

Selain itu Wong turut menyatakan bahawa kegagalan Harakah Daily untuk meminta maaf akan disusuli dengan tindakan mahkamah.