Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera pilihanraya Pakatan Harapan-Barisan Nasional berubah kepada mod menyerang dan bukan lagi bertahan dalam menghadapi pilihan raya negeri.

“Kita jangan defensive. Saya jamin dengan ketegasan saya dengan pasukan saya ada pendirian. Kita tidak minta maaf. Negara ini untuk semua. Keadilan untuk semua,” katanya ketika berucap di program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Perpaduan Kedah di Guar Chempedak malam tadi.

“PH dan BN, kita tak boleh defensif. kita lawan serang mereka habisan.

“Ini masa untuk kita bangkit, tunjuk kuasa untuk membela rakyat.

Beliau turut mengingatkan hadirin bahawa peri pentingnya rakyat bersama gabungan PH-BN untuk menyelamatkan negara daripada gabungan parti pembangkang yang menunggang bangsa dan agama tetapi pada masa sama turut menyakau wang negara.

Anwar dalam ucapannya juga menyambut baik tindakan segelintir yang keluar dari Umno dan menyertai Bersatu.

“Tengok cermin, berapa banyak kontrak dan wang kamu dapat. Memang bagus kamu berambus dari UMNO. Mantan menteri UMNO kamu dapat habuan dan harta di luar negara. Oleh kerana tak dapat tempat, kamu keluar. Bukan kerana isu prinsip.

“Lebih baik untuk Umno dibersihkan dari penyangak,” kata Anwar yang memulakan kerjaya politik dengan UMNO dan pernah menjawat kedudukan timbalan presiden.

Beliau turut mengingatkan ahli UMNO yang mahu menyelamatkan parti mereka dengan menyertai Bersatu yang mahu mengharamkan UMNO.

“Sanggupkah kamu dokong parti yang nak haramkan parti sebaik saja berkuasa? Masa dia lemah dia minta bersama PAS, UMNO. Tanpa PAS, Bersatu lenyap sama sekali sekarang.

Anwar turut mengulangi dakwaan bahawa Perikatan Nasional mendanai kempen pilihan raya umum dengan wang perjudian yang diperoleh setelah PN meningkatkan cabutan khas perjudian dari lapan ke 22 kali

“Duit judi yang bantu mereka banyak. nak saman, saman saya.