Sorting by

×

Puluhan ribu rakyat Kedah membanjiri Gurun, Kedah malam tadi bagi menyertai Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah.

Mereka berkumpul di Padang Awam, Gurun bagi menyertai pimpinan utama Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan lain-lain.

Pada sebelah siangnya, Anwar menyantuni para petani dan nelayan serta warga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) negeri Kedah.

Beliau juga sempat menyantuni anggota pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.