Ekoran pembahagian kerusi selepas penamaan calon PRN enam negeri semalam, seorang aktivis media sosial memberikan analogi mudah, siapa sebenarnya yang menunggang siapa.
Menurut Adrian Lim Chee En, pembahagian kerusi semalam membuktikan segala dakwaan yang dibuat oleh Perikatan Nasional terhadap Pakatan Harapan tidak benar.
“Di belah kerajaan perpaduan, Umno ambil kerusi DAP.
“Di belah Perikatan Nasional, Gerakan ambil kerusi Pas.
“Di situ kita boleh nampak belah mana Cina tunggang Melayu,” tulis beliau menerusi Twitternya.
Adrian dipercayai menjawab dakwaan pemimpin Pas yang membuat pelbagai tohmahan kononnya DAP sedang menunggang parti-parti Melayu dalam PH.
Antara tuduhannya adalah, jika undi PH dapat DAP dan sebagainya.
Di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Pas kawasan Tasik Gelugor membuat perhimpunan membantah pencalonan Presiden Gerakan, Dominic Lau bertanding di kerusi majoriti Melayu itu.
Namun ia tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas bahkan Presiden Pas memberikan amaran mana ahlinya yang bertanding atas tiket bebas akan dipecat.
Di Dusun Tua, Selangor, Umno telah mengambil alih kerusi yang dimenangi oleh DAP dalam pilihan raya umum ke 14 lalu.
BERITA BERKAITAN
Persengketaan Gerakan-PAS memuncak di Bayan Lepas
PAS bercakaran dengan Gerakan di Pulau Pinang
PN masuk pilihan raya negeri dalam kepanasan