Sorting by

×

Perikatan Nasional (PN) terpaksa memasuki pilihan raya enam negeri dengan penuh kepanasan apabila bendera dan wajah calonnya dibakar oleh penyokong sendiri.

Tebaru, gambar wajah calonnya di Kelantan dibakar oleh penyokong dan pemimpin Pas kerana mereka tidak bersetuju dengan calon baharu itu.

“Calon bidan terjun ni, kami tak mahu. Ambo nak Ustaz Mad bulat-bulat.

“Ni ambo nak royak ni, ambo toksir gambar ni (bakal calon)… bidan terjun toksir,” kata wakil kumpulan itu sambil mula menyalakan api di gambar tersebut.

Di Batang Kali, Hulu Selangor, para penyokong Bersatu membakar dan memijak bendera PN serta dokumen parti mereka selepas ketua mereka diketepikan sebagai calon.

Calon yang mereka dakwa sebagai kartel Azmin Ali terpilih untuk menjadi calon PN di Batang Kali dengan mengenepikan ketua bahagian Bersatu Hulu Selangor.

Di Pulau Pinang, Pas menolak Presiden Gerakan, Dominic Lau untuk bertanding di kerusi yang mereka anggap sebagai kerusi Melayu.

Mereka memberi amaran jika Dominic masih berkeras bertanding di kerusi berkenaan, pihaknya bersama seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran dan meletakkan calon Bebas di Telok Ayer Tawar dan Permatang Berangan pada penamaan calon, Sabtu ini.

“Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor bersama pengundi di Permatang Berangan dan Telok Air Tawar akan memastikan kekalahan kepada calon GERAKAN di Telok Air Tawar dan calon BERSATU di Permatang Berangan jika tuntutan ini tidak dipenuhi,” kata kenyataan Pemuda Pas itu.