Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Seramai 661,905 pengundi muda daripada 9.7 juta pengundi akan menyertai pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pilihan raya kali ini ialah pilihan raya negeri melibatkan enam negeri adalah bertujuan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri dan membawa suara rakyat di peringkat negeri, menjadi penggubal undang-undang negeri dan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri.

Pilihan raya yang telah kita lalui lewat tahun lalu ialah pilihan raya umum di mana rakyat memilih ahli parlimen yang menggubal undang-undang persekutuan dan membentuk kerajaan persekutuan.

PRN berlaku kerana dewan undangan negeri di keenam-enam negeri tersebut tidak dibubarkan bersekali dengan kerajaan pusat.

Lagipun sesi DUN untuk keenam-enam negeri tersebut telahpun tamah tempoh.

Anda boleh menyemak status anda sebagai pengundi laman sesawang MySPR Semak dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan mendapatkan maklumat mengenai kawasan, tempat dan saluran mengundi.

Berikut adalah kategori pengundi yang boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi:
pengundi pos dalam negara
tentera dan polis yang mengundi awal
petugas media
petugas pilihan raya
anggota/pegawai bagi sembilan agensi kerajaan yang akan mengundi awal secara pos.

Pengundi pos luar negara pula terdiri daripada:
warganegara Malaysia di luar negara
pelajar Malaysia di luar negara dan pasangan
penjawat awam dan pasangan di luar negara.

Pada hari pengundian, bawa kad pengenalan ke pusat mengundi yang ditetapkan untuk semakan petugas SPR.

Celupkan jari dalam botol dakwat pilihan raya dan dapatkan kertas undi.

Anda kemudian tanda calon pilihan pada kertas undi dan masukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.