Sorting by

×

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pembatalan permohonan pembinaan lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link).

“Berkait dengan laporan impak yang dikemukakan, terutamanya dari segi laporan impak sosial, pentadbiran ini tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian kerajaan negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan degan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuhraya PJD-Link,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Menyoroti projek tersebut, Amirudin berkata projek tersebut mendapat kelulusan prinsip kabinet pada 12 Nov 2017.

Ia kemudian dirujuk kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor pada 3 Sept 2020 dan kajian dijalankan dengan penglibatan penduduk Petaling Jaya.

Seterusnya cadangan projek ini dibentangkan kepada kabinet pada 12 November 2021 melalui memorandum kabinet untuk kelulusan bersyarat.

Kerajaan persekutuan di bawah Perikatan Nasional telah menandatangani perjanjian konsesi dengan pemaju pada 5 April 2022 dengan syarat kajian impak sosial, kajian impak persekitaran dan kajian impak trafik dijalankan sebelum prjek diteruskan.

Untuk rekod, rakyat di Petaling Jaya menentang projek PJD-Link.