Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah mengeluarkan notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat P161 Pulai agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan pilihan raya kecil.

“Oleh yang demikian selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi parlimen kawasan P161 Pulai dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Penyandang kerusi parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai di Alor Setar, Kedah.

Sebelum itu doktor Hospital Sultanah Bahiyah mengesahkan allahyarham mengalami pendarahan otak.

Salahuddin memenangi kerusi Pulai dalam pilihan raya ke 15 untuk penggal kedua dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 33,174 undi