Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Belum lagi Perikatan Nasional (PN) Selangor mengumumkan calon-calon mereka, Bersatu bahagian Hulu Selangor telah membakar bendera dan poster mereka.

Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali yang diberikan kepada penyokong Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menerusi hantaran Facebook Mohd Zikri Faiz, yang dipercayai ahli Bersatu memaklumkan Ketua Bersatu Hulu Selangor, Md Anuar Mohd Nor telah dikhianati oleh ahli bahagiannya sendiri.

“Gerakan menolak & boikot calon #sesumpah Perikatan Nasional N07 Batang Kali Muhaimin Harith,” tulis Zikri melalui facebook beliau sambil menyiarkan gambar-gambar pembakaran bendera PN tersebut.

Beliau mendakwa, Muhaimin Harith adalah kartel Azmin Ali.

Mereka membantah, Ketua Bersatu Hulu Selangor, Anuar Nor tidak dilantik sebagai calon dengan alasan mengamalkan ajaran tarikat.

Ketika mengulas perkara ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara ini biasa sahaja.

“Biasalah. Biasalah.

“Ada orang suka ada orang tak suka,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera PN di Tanjong Karang malam tadi, lapor Malaysiakini.