Sorting by

×
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Cakna Madani bersama Pegawai Kementerian Pendidikan di USM Kota Bharu, Kelantan pada 23 Julai 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Ketua Setiausaha Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin Nasution ketika dihubungi pemberita berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan persiapan akhir PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Mesyuarat berkenaan persiapan terakhir menjelang penamaaan calon… yang pengerusikan Perdana Menteri. Semua pimpinan utama PH ada,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan serentak dengan hari penamaan calon Sabtu ini.

Pilihan raya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.