Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dalam majlis penamaan calon oleh presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim malam tadi, tiga penyandang telah digugurkan. Mereka antaranya terdiri dari exco negeri dan timbalan speaker dewan undangan negeri.

Mereka ialah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang merupakan Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan; penyandang DUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan serta penyandang DUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching.

Tempat mereka diganti dengan muka baharu iaitu masing-masing Dr Rajasekaran, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Yew Boon Lye.

Pengguguran nama tiga bekas ADUN berkenaan sememangnya sudah dijangka dari awal kerana kerap dilihat mengkritik kepimpinan Aminuddin sama ada dalam parti atau kerajaan negeri.