Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan untuk pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos.

“Demi kesinambungan, wajar kita pertahankan Aminuddin sebagai calon Menteri Besar,” kata Anwar dalam ucapannya ketika majlis pengumuman calon PKR di dalam PRN enam negeri yang diadakan di padang awam MBSA seksyen 7, Shah Alam.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada DAP yang menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang.

“PKR sambut baik kerana jaminan pertumbuhan negeri dan cara beliau santuni rakyat bagus. Beliau ada watak ketokohan untuk bekerja demi orang Melayu, Cina dan India.”

Beliau turut menamakan Azan Ismail untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Azan ialah ketua cabang PKR Kuala Terengganu. Beliau pernah menjadi ADUN Bandar (2013-2018) dan Ahli Parlimen Indera Mahkota (2008-2013).

Berikut adalah nama-nama calon PKR yang telah diumumkan malam ini.

SELANGOR

N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri
N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam
N11 Ijok: Amidi Abdul Manan
N14 Rawang: Chua Wei Kiat
N16 Sungai Tua: Dato’ Seri Amirudin Shari
N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli
N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin
N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
N25 Kajang: David Cheong
N32 Seri Setia: Fahmi Ngah
N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw
N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei
N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman
N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid
N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi
N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi
N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
N48 Sentosa: Gunarajah R George
N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni
N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah

NEGERI SEMBILAN
N29 Chuah: Yew Boon Lye
N13 Sikamat: Dato’ Seri Aminuddin Harun
N14 Ampangan: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
N18 Pilah: Nur Zunita Begum
N20 Labu: Ismail Ahmad
N33 Sri Tanjung: Dr. Rajasekaran

PULAU PINANG
N3 Pinang Tunggal: Zainuddin Mohamad
N6 Teluk Air Tawar: Mohsin Mohd Sharif
N10 Seberang Jaya: Johari Kassim
N12 Penanti: Rosidi Husin
N14 Machang Bubok: Lee Khai Loon
N17 Bukit Tengah: Gooi Hsiao Loong
N18 Bukit Tambun: Goh Choon Ek
N24 Kebun Bunga: Lee Boon Heung
N35 Batu Uban: Kumaresan Arumugam
N36 Pantai Jerejak Fahmi Zainol
N39 Pulau Betong: Tuah Ismail

KELANTAN

N03 Pasir Pekan: Zaman Sahri Ibrahim
N07 Panchor: Syed Alidustir Syed Md Zain
N14 Chetok: Izzat Hanuzi
N18 Pasir Tumboh: Naziratun Aini Md Sayuti
N30 Limbongan: Dr. Samsudin Abd Ghani
N39 Mengkebang: Shukri Ishak

KEDAH

N2 Kuah: Ahmad Fauzi Che
N6 Jitra: Sabrina Ahmad
N10 Bukit Pinang: Datuk Azhir Md Zain
N12 Suka Menanti: Zamri Yusof
N22 Gurun: Firdaus Johari
N25 Bukit Selambau: Sundaraju Raman
N28 Bakar Arang: Loh Wee Chai
N29 Sidam: Bao Ong Bao Ek
N34 Lunas: Shamsul Anuar Abdullah
N35 Kulim: Teh Lian Ong

TERENGGANU
P36 Kuala Terengganu: Mohd. Azan Ismail

N13 Wakaf Mempelam: Wan Mohd Haikal Wan Ghazali
N22 Manir: Mohamad Jusoh
N27 Sura: Osman Umar