Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Parti Amanah Negara telah menamakan calon untuk 31 kerusi DUN di dalam pilihan raya enam negeri yang dijadualkan pada 12 Ogos.

Dari jumlah tersebut, 15 adalah muka baru manakala calon muda (7) dan wanita (7).

Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengesahkan bahawa rundingan untuk dua kerusi DUN di Terengganu belum selesai.

“DUN Tepoh dan Bandar masih dalam rundingan,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa perubahan politik akan dibawa ke Kelantan.

“Kami di Kelantan yakin. Kami dua hari disini. Rakyat Kelantan nak buat perubahan. Depa kata mamat, kami nak tukar. Kita ada harapan baik.”

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang juga naib pengerusi Amanah Dato’ Mahfuz Omar akan turut bertanding di Kedah.

Berikut adalah senarai calon Amanah mengikut negeri yang telah diumumkan:-

PULAU PINANG
N38 Bayan Lepas Azrol Mahathir Aziz
N11 Permatang Pasir Faiz Fadzil

SELANGOR
N02 Sabak Samad Hashim
N05 Hulu Bernam Mohd Amran Sakir
N15 Taman Templer Anfal Shaari
N41 Batu Tiga Daniel Harun Al Rashid
N21 Pandan Indah Izham Hashim
N26 Sungai Ramal Mazwan Johar
N29 Seri Serdang Abbas Halimi Dato’ Azmi
N46 Meru Mariam Abdul Rashid
N52 Morib Hasnul Baharudin

TERENGGANU
N16 Batu Buruk Mohd Zamir Ghazali
N11 Rhu Rendang Suhaimi Sulaiman

KELANTAN
N09 Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim
N12 Pengkalan Pasir Rushdan Mustafa
N19 Demit Datuk Ismail Ghani
N20 Tawang Ir Mat Isa Che Der
N24 Kadok Ir Mohd Azizan Abdul Razak
N26 Bukit Panau Datuk Dr Samsul Adabi
N34 Temangan Abdul Kadir Osman

KEDAH
N03 Kota Siputeh Dr Salmi Said
N07 Kuala Nerang Riduan Abu Bakar
N14 Alor Mengkudu Dato’ Mahfuz Omar
N16 Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris
N17 Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh
N18 Tokai Zainol Abidin Saad
N20 Sungai Limau Siti Balqis Hussein
N23 Belantek Madli Saipi
N31 Kupang Mohd Suhaimi Hamzah

NEGERI SEMBILAN
N04 Kelawang Datuk Bakri Sawir
N25 Paroi Norwani Ahmad