Sorting by

×
TANJONG KARANG, 19 Julai -- Perdana Menteri Datus Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menghadap Sultan Selangor dan memohon maaf walaupun terdahulu menafikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan menghina baginda.

“Orang tuduh Anwar zalim kerana hadapkan seseorang ke mahkamah. Kes apa? Kes hina Raja. Siapa buat laporan? Dewan Diraja Selangor, bukan saya buat laporan. Kamu marahlah Dewan Diraja Selangor.

“Kenapa Dewan Diraja Selangor boleh buat laporan? Sebab dapat persetujuan, perkenan Sultan Selangor.

“Kalau betul tak salah kenapa Pesuruhjaya Pas Selangor pergi menghadap Sultan Selangor minta ampun? Kemudian, apa kata Tuanku? Tak selesai… besok polis dakwa.

“Raja ini mengatasi politik. Raja ini payung negara. Ini semua sebab (Pas) baik dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamed), belajar dari Tun Mahathir, kemudian kena dakwalah,” katanya ketika berucap pada program ‘Kita Hulu Kelang Bersama PMX’ di sini, semalam.

Sanusi, 48, telah mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan yang didakwa di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional mempersoalkan kewibawaan sultan dalam pelantikan Datuk Seri Amiruddin Shari dan penubuhan Kerajaan Perpaduan