Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Fokus BN-PH Kedah adalah untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) Kedah yang dijadualkan pada 12 Ogos, bukannya persoalan mengenai calon Menteri Besar, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang juga calon BN DUN Pedu.

“Kita serah kepada pucuk pimpinan, kita bagi menang dululah.

“PH menang tempat dia, BN menang tempat kita… Kita gabung itu,” katanya di majlis pengumuman calon BN semalam.

Mahdzir pernah menjadi ADUN Pedu pada tahun 2004.

Dalam pada itu beliau turut menyifatkan “gelombang Sanusi” sebagai suatu perkara yang sementara.

“Gelombang ni gelombang yang macam mana? Kedah ni dia ‘swing state’ bukan sesuatu yang statik.

“Orang Kedah ni dia pemikiran terbuka, bila pemikiran terbuka ada musim dia bagi semua kat PAS, ada musim dia bagi semua kat BN.

“Jadi, tak lah kata (rakyat Kedah) ekstrem satu aliran,” katanya lagi.

Selain Kedah, gabungan BN-PH belum menamakan calon Menteri Besar di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Pakatan Harapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telahpun menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon Menteri Besar Selangor.