Sorting by

×

Penyandang kerusi DUN Kota Damansara Shatiri Mansor diramalkan akan digugurkan memandangkan PKR mahukan muka baru untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Terdapat 99 peratus kemungkinan Shatiri akan digugurkan,” kata sumber, lapor media.

Walau bagaimanapun pengganti Shatiri tidak dinamakan.

“Parti mahu memberikan peluang kepada orang lain untuk bertanding. Anda tidak boleh menjangka boleh bertanding hanya kerana anda seorang wakil rakyat,” kata sumber lagi.

Shatiri memenangi kerusi Kota Damansara dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 15,703 undi pada pilihan raya umum ke 14 pada 2018.

PKR akan mengumumkan senarai calon mereka untuk pilihan raya negeri malam ini.