Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional dan pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pilihan raya negeri di enam buah negeri pada 12 Ogos sebagai satu peluang untuk rakyat menyerasi dan menyelarikan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

“Ini masa menselarikan dan menserasikan kerajaan pusat dan negeri. peluang ini diberi kepada rakyat semasa pilihan raya negeri,” kata Shabery di dalam forum Media Perpaduan bertajuk “Melakar Kanvas Kemenangan” yang diadakan di Menara Dato Onn, WTCKL malam tadi.

Forum tersebut turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga adalah presiden Parti Amanah Negara.

Mengupas lanjut beliau berkata, rakyat terutamanya di negeri tadbiran Pas iaitu Kelantan dan Terengganu perlu membuat keputusan memilih pihak yang boleh memberi penyelesaian kepada permasalahan mereka.

“Rakyat perlu membuat keputusan untuk memudahkan penyelesaian masalah. Contohnya seperti masalah air. Apa yang telah kerajaan negeri Kelantan buat? Sama seperti di Terengganu. Semua perkara yang dibanggakan ialah usaha kerajaan terdahulu (BN).”

Beliau menambah bahawa permasalahan rakyat tidak diselesaikan oleh waima ketika berada dalam kerajaan pusat sekalipun. Begitu juga dengan isu yang mereka tunggang seperti isu hudud.