Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa permohonan maaf yang telah dikemukakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan pembelaan undang-undang.

“Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja-Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohanan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang- undang (legal defence) dalam perundangan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan bahawa Sanusi telah menulis warkah permohonan maaf kerana mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan pemilihan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang turut dihina sebagai pendek.

Azalina turut menambah bahawa meskipun kebebasan bersuara ialah hak yang terjamin di bawah perlembagaan ia tertakluk kepada peruntukan yang memastikan ketenteraman awam dan keamanan terjamin.

Azalina berkata bahawa sebagai orang politik yang berkuasa Sanusi sepatutnya sedar bahawa tutur katanya boleh mempengaruhi orang ramai.