Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Satu lagi laporan polis terhadap pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ekoran dakwaannya bahawa masyarakat bukan Muslim merupakan golongan majoriti yang terlibat dalam kegiatan menawar dan menerima rasuah.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Kepong. Beliau menyifatkan kenyataan Sanusi bersifat menghasut dan perkauman.

“Saya berharap pihak polis tidak membuang masa untuk mengambil tindakan (terhadap Sanusi) dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Sanusi membuat tohmahan tersebut dalam rancangan kendalian bekas menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar – Keluar Sekejap – baru-baru ini.

Sanusi turut menuduh DAP membuat tohmahan bahawa pemimpin Melayu rasuah dan tidak boleh dipercayai.

Semalam ahli-ahli PKR membuat laporan polis terhadap Sanusi ekoran kenyataannya yang menghina sultan Selangor.