Sorting by

×

Pemimpin Perikatan Nasional baik dari Pas mahupun Bersatu mungkin sahaja tidak dapat tidur lena tanpa menghina raja-raja Melayu. Perlu kita ingat, raja-raja Melayu berkuasa melantik Menteri Besar dan juga adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing.

Berikut adalah pemimpin Perikatan Nasional yang berbuat demikian:

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan menghina pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Sultan Kedah sampai sekarang dari satu susur galur tak pernah putus, itulah Kedah Darul Aman, hebatnya Sultan Kedah begitu teratur, bukan ‘koman-koman’, tengok menteri besar (Kedah).

“Sultan hebat macam itu (Kedah) tak akan pilih menteri besar ‘cokia’ macam Amir (Amirudin) tu. Inci pun tak berapa cukup, tarik balik fasal inci,” Sanusi berkata dalam satu siri ceramah di Selangor baru-baru ini.

Badrul Hisham Shaharin

AJK Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard mendakwa Perikatan Nasional dinafikan hak untuk menubuhkan kerajaan sesudah pilihan raya umum ke-15 semasa forum Sinar Harian bertajuk PRN: Adakah Bom Jangka Kedua? Forum ini turut menampilkan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam.

Dakwaan Chegu Bard sebenarnya mempersoal kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Bagindalah yang sebenarnya mengusulkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Walau bagaimanapun ia ditolak oleh presiden Bersatu merangkap ahli parlimen Pagoh Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dari Pas bertindak derhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam bulan Jun 2021 dengan memperlekehkan pandangan baginda yang mahu sidang Dewan Rakyat disegerakan.

Dalam penjelasan Takiyuddin di Dewan Rakyat, Takiyuddin mendakwa bahawa Agong tidak menitahkan sebarang tarikh untuk memulakan sidang Dewan Rakyat.