Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

RSN Rayer (PH-Jelutong) telah membuat laporan polis terhadap para pemimpin Perikatan Nasional kerana membuat laporan polis palsu.

Laporan polis ini difailkan susulan daripada laporan polis PN terhadap Lim Guan Eng (PH-Bagan) ucapan Lim yang diterbitkan di dalam China Press.

“Saya berpendapat bahawa semua laporan polis yang dibuat oleh kepimpinan Perikatan Nasional adalah satu laporan polis palsu,” kata Rayer di dalam laporan polis tersebut.

“Seorang yang membuat laporan polis palsu boleh dituduh dibawah seksyen 182 Kanun Keseksaan. Saya pohon pihak polis siasat dan tuduh semua pemimpin Perikatan Nasional yang membuat laporan polis palsu terhadap Lim,” tambah Rayer.

Lim juga adalah pengerusi DAP kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh.

Kepimpinan PN telah membuat laporan polis terhadap Lim berdasarkan laporan portal Malaysia Now yang memetik Lim berkata bahawa rumah ibadat bukan Islam di Pulau Pinang akan roboh sekiranya PN mengambil alih Pulau Pinang.

Lim sebenarnya merujuk kepada satu kes perobohan kuil Hindu di Alor Setar, Kedah pada tahun 2020.