Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Calon PH-BN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yakin bahawa beliau akan memenangi kerusi DUN yang ditandinginya kerana beliau telah memenangi undi DUN tersebut semasa pilihan raya umum.

“Meskipun saya kalah kerusi parlimen semasa pilihan raya umum, saya menang di Bertam,” katanya.

“Pengundi Melayu kenali saya dengan baik. Mereka kenal arwah ibu bapa saya. Saya ada kelebihan.

Mereka berkata mereka akan menyokong saya meskipun sudah kalah di peringkat Parlimen.

Reezal yang merupan mantan menteri belia dan sukan kalah dengan majoriti 2,867 undi kepada timbalan ketua Muslimat PAS Dr Siti Mastura Muhammad dalam PRU 15.

Selain itu, Reezal mendapat bantuan berkempen di kawasan kampung baru Cina dari setiausaha DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dari DAP.

Kemungkinan Reezal akan menjadi ahli exco kerajaan negeri sekiranya berjaya menang kerusi Bertam pada 12 Ogos.

Penyandang kerusi Bertam ialah Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dari Bersatu yang telah dipaksa mengosongkan kerusi bersama tiga yang lain berdasarkan enakmen anti lompat parti.