Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Hitam menahan dan menyita 26 tan konsainan ayam sejuk beku disyaki menggunakan sijil halal palsu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

Tindakan diambil 8 Jun lalu selepas semakan mendapati keraguan pada sijil halal dikemukakan ketika pemeriksaan dilakukan pegawai bertugas secara dalam talian. ,

Semakan lanjut mendapati maklumat direkodkan dalam sistem berbeza berbanding pada dalam sijil halal dikemukakan pihak ejen atau wakil pengimport.

Susulan itu, MAQIS AKPS mengemukakan perkara itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum sijil halal dikemukakan disahkan palsu.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud sindiket dalam pengeluaran dan penggunaan sijil halal palsu bagi tujuan pengimportan produk makanan ke negara ini.

Beliau berkata, konsainan ditahan membabitkan 26,040 kilogram (kg) ayam sejuk beku dengan nilai anggaran RM208,320 berdasarkan harga dan berat diisytiharkan dalam permit import. 

“Treler membawa muatan tersebut turut ditahan dengan nilai anggaran RM25,000, menjadikan nilai sitaan keseluruhan RM233,320,” katanya. – BH Online