Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dan Papagomo berbohong dengan mendakwa diri mereka merupakan penyokong mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anak beliau, Nooryana Najwa Najib mengesahkan perkara melalui satu hantaran Facebook.
“Pagi tadi Yana terima mesej daripada Daddy.
“DSN ingin tegaskan bahawa Syed Imran dan Papagomo tidak mewakili DSN mahupun penyokong-penyokong DSN. Syed Imran juga tidak diarahkan oleh DSN untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian DSN.
“DSN sudah berada dalam penjara hampir setahun dan tidak adil bagi Syed Imran atau mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama DSN.”
DSN ialah singkatan yang digunakan untuk merujuk kepada Datuk Seri Najib.
Syed Muhammad Imran yang juga presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia dan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kini menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan penyokong Najib tidak menyokong Kerajaan Perpaduan sekarang.
Yana menambah bahawa pendirian rasmi Najib adalah sepertimana yang dimuatnaik menerusi saluran media sosial rasmi milik mantan presiden tersebut menerusi mesej yang dihantar kepada peguamnya.
“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah DSN lalui. DSN tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan.
“Pendirian rasmi DSN hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik DSN melalui mesej kepada peguamnya.”