Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli UMNO tidak perlu ragu dan apologetik untuk mengundi calon Kerajaan Perpaduan termasuk calon DAP, kata Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ini kerana, katanya, keputusan memilih PH sebagai rakan kongsi untuk tubuh Kerajaan Perpaduan adalah keputusan parti.

“MKT bermesyuarat sampai jam 1 pagi,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagi memutuskan untuk bersama Pakatan Harapan membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau mengaku, memang konsensus Umno ‘No Anwar, No Dap” tetapi itu sebelum PRU 15.

“Selepas PRU ialah Kerajaan Perpaduan. UMNO setia titah YDP Agong. Yang degil ialah PN,” kata beliau menerusi facebooknya hari ini.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu, UMNO lebih berpengalaman dalam tahaluf siyasi berbanding PAS.

“UMNO, MCA dan MIC berkerjasama sejak 1955 lagi. Kini DAP rakan baru. Apa bezanya jika Perlembagaan ditaati,” kata beliau.

Bagi beliau, UMNO lakukan ini demi kestabilan politik, ekonomi dan kepentingan negara.

“Sebab itu Kerajaan Perpaduan perlu dipertahankan dan menang,” katanya.

Bagi beliau, PRN medan mengukuhkan “kejujuran politik” madani.

Jika itu berjaya dicapai oleh Umni, PN akan lemas selepas ini.