Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengesahkan sama ada akaun Twitter presiden Gerakan Dominic Lau benar – benar digodam.

“Kita akan lihat sama ada Twitter boleh menyediakan laporan yang menunjukkan godaman berlaku atau siapa penggodam,” kata Timbalan Menteri Teo Nie Ching ketika menjawab soalan media.

“Sesiapa pun yang berada di sebalik kejadian ini, ia tidak berpatutan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan ciapan Lau yang bertanya samada dia boleh bertanding di kerusi parlimen Pulai.

Ciapan tersebut dibuat tidak sampai sehari setelah penyandang kerusi Pulai dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Seri Salahuddin Ayub disemadikan.

Lau bagaimanapun mendakwa akaun Twitternya digodam.

Dalam pada itu Teo mengingati allahyarham sebagai seorang tokoh yang menentang politik perkauman.

“Datuk Seri Salahuddin Ayub ialah seorang rakan baik dan saya rasa meskipun terdapat perbezaan politik, kita mesti menghargai sumbangan beliau kepada Malaysia.

“Saya juga temui salah satu ucapannya yang terakhir. Kita tidak boleh membenarkan politik perkauman berterusan di Malaysia. Secara ringkasnya itulah yang beliau perkatakan.

“Ramai ahli politik cuba menggunakan isu perkauman untuk agenda politik mereka. Beliau mengecamnya.

Teo juga menekankan peri pentingnya semua pihak meghormati keluarga dan taulan yang berdukacita di atas pemergian allahyarham.

“Sesiapa sahaja di belakang kejadian wajar rasa malu.

“Ya saya tahu pilihan raya kecil tidak boleh dielakkan tetapi tolong hormati keluarganya dan kawan-kawannya.

“Meskipun ada perbezaan politik, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempunyai ramai rakan dari pelbagai parti politik.

“Barang siapa di belakang ini saya akan kecam kelakuan ini.