Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dipinda.

Pindaan tersebut khusus untuk meliputi kesalahan 3R (agama, bangsa dan raja).

“Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan ini digunakan hanya untuk melindungi institusi raja-raja daripada sebarang provokasi.

“Aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu mengenai keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan institusi raja-raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

Azalina turut memberi jaminan Akta Hasutan akan disemak dengan terperinci oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan pindaan yang dicadangkan memberikan perlindungan holistik kepada institusi raja-raja.

Pada minggu lalu beliau telahpun memulakan sesi perbincangan dengan pelbagai pihak berkenaan isu ini.