Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memberikan amaran bahawa polis akan bertindak ke atas sesiapa pun yang mereka cerita susulan dari tindakan polis terhadap mereka yang menghina institusi diraja.

“Amaran pun dah bagi, Yang di-Pertuan Agong pun dah bertitah…jadi kalau ada lagi mana-mana individu yang cenderung untuk menghina institusi raja, tindakan tegas akan diambil.

“Dan bila tindakan tegas diambil, jangan membuat cerita-cerita lainlah. Jadi hati-hati. Kita ambil tindakan tak kira latar belakang,” katanya dalam sidang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Datuk Seri Sanusi Md Nor bahawa penahanannya dirancang enam bulan yang lalu.

Siapa-siapa boleh buat apa-apa dakwaan. Itu terserah pada individu terbabit. Tapi bila tengok kronologi kes YB Sanusi, dia buat kenyataan pada 11 Julai kan?

“Pada 12 Julai ada orang buat report polis, 14 Julai Ahli Majlis Diraja Selangor buat report. Dari susunan kronologi itulah kita membuat tangkapan pada 18 Julai dan dia dituduh di mahkamah,” kata Ayob.

Sanusi didakwa atas tuduhan menghina Sultan Selangor dengan melantik Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau turut menghina Agong dengan mempersoal penubuhan kerajaan perpaduan.