Sorting by

×

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat pagi esok di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ia merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu mengekalkan unjuran untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Pada 24 Februari lalu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan dengan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.