Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan malam tadi.

Turut menyertainya ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.

Mohd Zulkifli berkata ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan DUN Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di dalam kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.

“Kita juga akan turun membantu jentera DAP, PH yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahliannya itu kepada Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.

Turut hadir Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying. Lim ialah Timbalan Menteri Pendidikan.

Sebelum ini semua jawatan yang disandang Mohd Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas dia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.