Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman terhadap presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Mahiaddin Yassin sekiranya Mahiaddin gagal meminta maaf.

Fail saman difailkan oleh pasukan peguam Anwar yang diketuai oleh peguam N. Sankara Nair.

Anwar telah menuntut permohonan maaf tersebut ekoran cabaran untuk mengemukakan dokumen dalam isu pelupusan hutang Felda.

Pasukan guam Anwar antara lain berhujah bahawa penafian Mahiaddin setelah Anwar mendedahkan dokumen yang beliau ditandatangani itu merupakan salah tanggapan dan niat jahat Mahiaddin.

Selain itu peguam Sankara mengemukakan kenyataan pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai menyokong kenyataan Anwar bahawa pembayaran hanya dibuat setelah Anwar menandatanganinya manakala Mahiaddin hanya berjanji.

Anwar antara lain menuntut ganti rugi RM200,000,000 kerana kenyataan Mahiaddin menyebabkan kecederaan teruk kepada reputasi Anwar sebagai perdana menteri.