Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kadar jenayah bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun menurun sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam amanatnya pagi ini.

“Berhubung indeks jenayah negara, bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023, sejumlah 25,482 kes dicatatkan berbanding tempoh sama bagi 2022 iaitu 25774 kes. Ini menunjukkan penurunan 292 kes bersamaan 1.1 peratus.

“Sejumlah 16,518 kes dari 25,482 kes telah berjaya diselesaikan bagi tempoh jan -jun 2023. Ia bersamaan 64.8 peratus berbanding kadar kes yang ditetapkan pada 45 peratus.

“Ini menunjukkan dalam setiap 10 kes, 6 hingga 7 berjaya diselesaikan.

Razarudin turut mengingatkan anggota pasukannya untuk bertindak secara profesional, rasional dan mengawal emosi secara bijak dalam mendepani pilihan raya negeri.

Terdahulu beliau turut menyatakan dua fokus utama yang memerlukan pelaksanaan agresif dan pemantauan berterusan di dalam pasukan iaitu integriti dan tatakelola baik dan usaha dokong dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat.