Sorting by

×
Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil during an interview with the media regarding the progress of 5G being rolled out and its direction. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Hantar Berita Ini:

Kerajaan telah mewujudkan sebuah unit khas untuk memastikan isu 3R tidak dimainkan semasa pilihan raya negeri (PRN) dan pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, unit tersebut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat-syarikat media sosial dan kementeriannya.

“Apa yang kita hendak cegah ialah percambahan benih-benih yang memecah belahkan.

“Kita mahu memastikan sepanjang PRN dan PRK Kuala Terengganu tiada parti yang akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyalahgunakan isu 3R.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media setelah menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di World Trade Centre.

“Kita mempunyai kebebasan bersuara tetapi kita tidak mempunyai kebebasan untuk memfitnah dan melagakan rakyat antara satu sama lain menggunakan isu 3R.

Fahmi menjelaskan bahawa undang-undang wujud untuk melindungi keselamatan awam dan pihak berkuasa bersedia untuk bertindak demi keamanan dan perpaduan.