Sorting by

×

Malaysia perlu dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belahkan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sambutan Maal Hijrah yang dikongsikan di akaun media sosialnya.

“Keamanan dan kestabilan kini maqasid utama kita agar kebajikan rakyat terbela. Sementara sebarang usaha untuk merubah negara yang berperlembagaan dan berdaulat ini kepada negara perkauman yang huru-hara, walau seinci pun tidak sesekali akan dibiarkan,” kata beliau.

“Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki.

“Berhijrah dari kemungkaran kepada kebaikan, dari kebejatan rasuah kepada amanah, dari ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan dari perkauman sempit kepada taayush silmi (hidup bermuafakat).