Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tangkapan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pukul 3 pagi hanya berlaku setelah semua panggilan telefon kepada beliau gagal

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pihak berkuasa pada awalnya meminta bantuan daripada Kedah semalam namun ahli politik terbabit didapati tiada di negeri itu.

Pihak polis turut memantau Astro kerana beliau dijadualkan menghadiri program Astro Awani pukul 10 malam tetapi kelibatnya tiada.

Panggilan juga dibuat kepada setiausaha sulit kanan dan setiausaha politik beliau namun semua panggilan tersebut di-reject (ditolak),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman.

Razarudin menjelaskan dakwaan Sanusi bahawa beliau tidak dimaklumkan berkenaan pendakwaan pagi ini adalah kerana usaha menghubungi Sanusi gagal.

Razaruddin turut berkata pihak polis menerima sejumlah 58 laporan berkenaan Sanusi dari seluruh negara.

“Kita lihat bahawa sifat sifat kes ini atau kecenderungan kes ini ialah menghina atau memberi bangkit marah isu-isu institusi diraja.

“Maka disebabkan kita (polis) tidak dapat menelefon dia bagi memaklumkan mengenai pendakwaan di mahkamah, kita cuba mencari dan dapat jumpa beliau kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan Mont Kiara,” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakan pasukannya.

“Sebenarnya, kalau tanya saya, polis boleh tangkap dia bila-bila masa tetapi kami juga ada budi bicara kami.

“Kami hanya menahan menteri besar (sementara) Kedah itu selepas kami bimbang dia mungkin tidak hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.