Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Istana Selangor mengesahkan isu penghinaan terhadap Sultan Selangor , Sultan Sharafudin Idris Shah oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor belum selesai.

Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” umum Pejabat Diraja Selangor menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu Sultan Sharafudin menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Yunus Ahmad Hairi dan Ketua Polis Selangor, Pesuruhjaya Polis Datuk Hussein Omar Khan secara berasingan di Istana Bukit Kayangan secara berasingan.

Pada 14 Julai ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis terhadap Sanusi kerana menghina sultan Selangor yang melantik Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Sanusi berbuat demikian semasa berkempen untuk Perikatan Nasional di Selangor.

Sementara itu Sanusi menulis warkah permohonan maaf kepada duli tuanku Sultan Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Haji Mohamad Munir Bani menyatakan bahawa Sultan Sharafudin telah menzahirkan penghargaannya kepada ahli Dewan Diraja Selangor yang membuat laporan polis terhadap Sanusi.

Tuanku sultan juga amat berbesar hati di atas sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.