Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Satu projek untuk meningkatkan pengeluaran beras bernilai RM3 bilion akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu langkah ini diambil untuk menampung keperluan beras ekoran dari keputusan India dan Vietnam untuk mengurangkan eksport beras.

Beliau turut menambah bahawa projek berkenaan akan dilancarkan di Kedah.

“(Tahap Sara Diri) beras di Malaysia di tahap 70%. Kita perlu import 30%. Perdana Menteri sendiri akan lancar projek besar bernilai RM3 bilion.

“Kita tak kira negeri itu kedah pembangkang ke apa. Itu projek untuk kita tanam padi lima kali dalam dua tahun.

“Kenapa buat di Kedah? Ini bukan soal (negeri) pembangkang. Itu jelapang padi kita.”

Beliau berkata demikian di dalam forum Melakar Kanvas Kemenangan yang turut membariskan pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional dan pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mohamad turut menambah bahawa beliau sedang mengusahakan agar teknologi penjagaan yang digunakan oleh pesawah di Sekinchan diperkenalkan di kawasan penanaman padi lain.

“Saya bawa teknologi Sekinchan ke negeri lain supaya boleh dapat hasil tinggi. Mereka dapat purata 10 tan sehektar. Di MADA dan KADA, purata 5 hingga 6 tan sehektar.”