Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Komponen parti BN – MCA dan MIC – mengesahkan bahawa mereka menolak lamaran gabungan pembangkang, Perikatan Nasional.

Kedua-dua parti tersebut mengesahkan mereka tidak memboikot BN malah akan membantu jentera parti dan calon UMNO dalam kempen pilihan raya negeri.

Menurut timbalan presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, keputusan untuk tidak bertanding adalah berdasarkan realiti bahawa peluang calon UMNO memenangi kerusi DUN adalah lebih tinggi.

Beliau turut memberitahu bahawa terdapat dahuluan dalam amalan ini sepertimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil Cameron Highland pada 2019.

“Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)…kita ambil semangat atau spirit Cameron Highland (PRK)… kita lihat peluang UMNO menang lebih cerah…jadi kita beri laluan pada mereka bertanding.

“Keputusan ini ialah soal kemenangan BN… kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan parti secara individu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Timbalan presiden MCA Datuk Mah Hang Soon turut senada dengan rakan sejawat MICnya.

Terdahulu, setiausaha agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengumumkan beberapa ketetapan berkaitan persediaan BN menghadapi pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Ketetapan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Jentera parti setiap peringkat perlu dipersiap dan diperkukuhkan untuk menghadapi pilihan raya negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
  2. Dewan Tertinggi BN menghormati ketetapan yang diambil oleh parti komponen.
  3. BN akan bersama Pakatan Harapan dalam Program Jelajah Perpaduan Madani dan pelancaran jentera Perpaduan di semua negeri terbabit di antara 15 Julai dan 28 Julai.