Sorting by

×

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penyokong mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong kerajaan perpaduan di dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos nanti.

Beliau menekankan bahawa soal perundangan dan pilihan raya perlu diasingkan. Tambahan lagi, Najib mahu sokongan diberikan kepada kerajaan perpaduan.

“Kalau Najib sendiri minta, bukan saja penyokong dia, tapi rakyat Malaysia untuk mendukung (kerajaan), tidak ada sebab kalau ada segelintir masih mempunyai pemikiran bahawa usaha-usaha tidak dilakukan membela beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan penyokong Najib mungkin memulaukan pilihan raya negeri jika kerajaan tiada komitmen untuk membebaskan Najib.

Najib dikenakan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam penyalahgunaan wang SRC International.