Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Usaha ke arah menyahjenayahkan percubaan membunuh diri menapak ke depan ekoran dari kelulusan Dewan Negara ke atas dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan semalam.

Pindaan tersebut dibuat di dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.
Semasa penggulungan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pindaan akan mewajibkan seseorang yang cuba membunuh diri dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

“Keutamaan dalam pindaan-pindaan ini adalah untuk memulihkan seorang yang berfikir untuk mengambil nyawanya sendiri. Ini juga akan mengambil masa yang lama oleh kerana terdapat proses dari segi psikologi dan sebagainya untuk memulihkan orang tersebut,” Ramkarpal dipetik berkata.

Pindaan penting termasuk persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang sebagai suatu kesalahan jenayah dan seterusnya dibezakan berdasarkan kategori orang yang dihasut untuk melakukan tindakan-tindakan berkaitan.