Sorting by

×

Kertas Putih Kesihatan (KPK) ialah satu dokumen yang menggariskan usaha kerajaan mereformasikan sistem kesihatan.
Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti cabaran dan jurang kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

Cabaran dan jurang kesihatan boleh dibahagikan kepada dua:
a) cabaran dari faktor sosial dan persekitaran
b) cabaran daripada sistem kesihatan
Terdapat LIMA cabaran dari faktor sosial dan persekitaran iaitu:
a) Peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD)
b) Kemunculan penyakit berjangkit yang baharu dan lama
c) Masyarakat menua
d) Kesihatan mental
e) Perubahan iklim dan kemerosotan kesihatan planet

Terdapat LIMA cabaran daripada sistem kesihatan iaitu:
a) Penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersifat dikotomi
b) Ketidakseimbangan perbelanjaan antara perkhidmatan di hospital dan klinik
c) Ketidakseimbangan peruntukan berbanding dengan permintaan dalam sistem kesihatan
d) Kekangan struktur semasa berkaitan pengurusan sumber, tadbir urus dan pengawasan
e) Persekitaran operasi kompleks yang memerlukan koordinasi multisektor

KPK bertujuan untuk mencapai LIMA aspirasi:
a) Negara sihat
b) Sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat
c) Sistem kesihatan yang berdaya tahan
d) Ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif
e) Sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh semua

Aspirasi di atas akan dicapai menggunakan EMPAT tonggak:
A. Mentransformasikan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan
Lima strategi transformasi yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
a) Mengutamakan penyampaian penjagaan kesihatan primer
b) Mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan hospital
c) Mempergiat kerjasama awam-swasta yang efektif
d) Memanfaatkan kemajuan teknologi digital
e) Memastikan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan

B. Mempertingkatkan Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit
a) Memperkukuhkan fungsi kesihatan awam
b) Menambah baik kerjasama dan penyelarasan inter sektor untuk kesihatan
c) Memberi insentif kepada amalan dan tingkah laku pro-kesihatan

C. Memastikan Pembiayaan Kesihatan yang Mampan dan Saksama
a) Meningkatkan pelaburan untuk kesihatan
b) Memastikan Rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan
c) Memastikan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang cekap dan berkesan

D. Memperkukuhkan Landasan dan Tadbir Urus Sistem Kesihatan
a) Memperkukuhkan peranan KKM melalui penstrukturan semula
b) Menambah baik dasar, perundangan dan peraturan
c) Memantapkan tenaga kerja untuk kesihatan
d) Merangsang penyelidikan, inovasi dan pendekatan berasaskan bukti
Reformasi kesihatan yang dirancang ini turut mengambil kira tempoh jangka masa dengan sasaran tertentu
Jangka pendek (1-5 tahun)
Transformasi penyampaian perkhidmatan
Kesihatan bersifat promotif dan preventif
Pembiayaan dan perbelanjaan kesihatan
Landasan dan tadbir urus sistem
Jangka sederhana (6 – 10 tahun)
Transformasi penyampaian perkhidmatan
Kesihatan bersifat promotif dan preventif
Pembiayaan dan perbelanjaan kesihatan
Landasan dan tadbir urus sistem
Jangka panjang (11 – 15 tahun)
Transformasi penyampaian perkhidmatan
Kesihatan bersifat promotif dan preventif
Pembiayaan dan perbelanjaan kesihatan
Landasan dan tadbir urus sistem.