Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Empat kelebihan permohonan projek kecil di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat

  1. Permohonan projek dikemukakan terus kepada Kementerian Ekonomi dan tidak lagi menerusi agensi perantara lain.
  2. 2.Permohonan dibuat secara dalam talian dari pautan laman sesawang Kementerian Ekonomi (https://ikr.ekonomi.gov.my). Sertakan maklumat berikut di dalam permohonan tersebut :
  3. i. Nama pemohon
  4. ii. Alamat
  5. iii. No. K/P
  6. iv. E-mel
  7. v. Nama projek dengan anggaran kos projek yang dimohon
  8. vi. Lokasi projek/koordinat
  9. vii. Skop permohonan projek
  10. viii. Cadangan agensi pelaksana
  11. ix. Gambar lokasi/keadaan semasa projek
  1. Permohonan boleh dibuat menerusi peranti elektronik seperti telefon pintar anda.
  2. Agensi kerajaan yang terlibat sahaja yang akan menentusahkan dan melawat projek sebelum kelulusan diberikan.

Berikut adalah ciri-ciri projek kecil yang diluluskan di bawah IKR.

i. Projek infrastruktur kecil dengan manfaat segera kepada rakyat setempat/masyarakat umum;

ii. Kos projek tidak melebihi RM200,000.00;

iii. Projek hendaklah dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, memenuhi ciri-ciri best value for money, tiada elemen bermewah-mewah (nice to have) dan amat diperlukan untuk kepentingan/kegunaan umum (must have);

iv. Projek bukan untuk tujuan keperluan/aset individu dan tidak terletak di atas tanah milik persendirian serta tidak melibatkan pengambilan tanah; dan

v. Projek hendaklah tidak bertindih dengan projek yang telah memperoleh kelulusan peruntukan daripada agensi Kerajaan lain (Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri).