Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembukaan ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman jenama kenderaan Tesla di Selangor pada tahun ini
Pengumuman ini dibuat setelah pertemuan bersama pengasas dan ketua pegawai eksekutif SpaceX, Elon Musk yang juga adalah ketua pegawai eksekutif Tesla melaui persidangan video.
Bagi Malaysia pula, Anwar menegaskan komitmen dalam soal karbon sifar bersih seawal tahun 2050 untuk menyokong industri tenaga bersih.
“Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.
“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Pertemuan dengan Musk berlangsung pagi ini selama 30 minit dan turut disertai Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.