Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia bukan disebabkan oleh kerajaan atau politik Malaysia. Ia disebabkan oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

AS mengawal inflasi mereka dengan meningkatkan kadar faedah hingga lima hingga enam peratus. Di Malaysia kadar faedah rendah di sekitar tiga hingga empat peratus.

Dalam keadaan demikian, para pelabur akan mengeluarkan wang dari Malaysia dan menyimpan di AS.

Negara yang mempunyai kadar faedah rendah wajar meningkatkan kadar mereka tetapi ini akan meningkatkan bayaran bulanan peminjam dan membebankan rakyat.

Di Malaysia, Bank Negara Malaysia berada dalam dilema kerana ia perlu mengurangkan jurang antara RM dan Dolar tanpa bebankan rakyat.

Ringgit jatuh tetapi Dolar Singapura kukuh kerana di Malaysia, kadar faedah semalaman (OPR) ditetapkan oleh BNM manakala bank pusat Singapura tidak campur tangan dalam dasar monetari.

Bila AS meningkatkan kadar faedah, Singapura menuruti langkah tersebut.

BNM di sini menetapkan dasar OPR tanpa campur tangan kerajaan.

Kerajaan memainkan peranan di sini dengan meningkatkan pelaburan domestik dan luar agar permintaan terhadap RM meningkat dan kukuh.

Contohnya, pelaburan RM170 bilion dari China.

Persoalan seterusnya, mengapa nilai RM masih lemah?

Pelaburan asing mengambil masa berbulan-bulan untuk memberi kesan kerana pelabur perlu mendaftar syarikat, mendirikan kilang dan mendapatkan pekerja.

Kejatuhan nilai RM mempunyai kesan positif dan negatif.

Ia baik untuk pengeksport kerana mereka akan peroleh lebih banyak tukaran wang asing dan ini meningkatkan keuntungan.

Para pengimport pula akan berdepan peningkatan kos dan pengurangan untung.

Apa kesan kepada rakyat?

Rakyat terpaksa berdepan dengan inflasi kerana harga barang import menjadi lebih mahal.

Apa yang rakyat boleh buat?
1.Berjimat
2.Cari kerja sambilan yang bayar dalam Dolar
3.Pelbagaikan pelaburan dalam Dolar juga
4.Labur dalam aset negara asing