Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Malaysia terpaksa berdepan dengan kejatuhan ringgit kerana kadar faedah yang rendah dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada kadar 3.0 peratus.

“Faedah di Singapura dan Indonesia tinggi kerana OPRnya tinggi. Kalau faedah dinaikkan, peniaga kecil dan rakyat akan terbeban. Kalau saya tak naikkan ringgit akan jatuh sedikit.

“Antara ringgit naik dan beban rakyat, saya pilih beban rakyat daripada kedudukan ringgit.”

Anwar berkata demikian di dalam program Cakna Madani YAB Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan.

Beliau turut menyatakan kekangan ekonomi yang dihadapi sekarang boleh diselesaikan selagi mana para pelabur dapat ditarik untuk melabur di Malaysia.